Clannad (permainan)
Clannad (permainan)

Clannad (permainan)

Clannad (クラナド, Kuranado) ialah sebuah judul novel visual Jepun ciptaan syarikat perisian Key, yang turut menghasilkan judul-judul yang mendapat sambutan baik seperti Kanon dan Air. Key telah mengumumkan pada tahun 2001 akan tarikh keluaran judul Clannad untuk tahun 2002 dan, setelah ditangguhkan buat beberapa kali, akhirnya syarikat tersebut mengeluarkan sebuah edisi terhad untuk PC pada tanggal 28 April, 2004, diikuti oleh edisi biasa pada 8 Ogos 2004. Judul novel visual ini kemudiannya dialihkan ke PlayStation 2, PlayStation Portable dan Xbox 360. Gaya permainan dalam Clannad adalah berlandaskan sebuah plot yang lurus, menawarkan senario-senario yang telah ditetapkan serta babak-babak interaksi, dan menumpukan kepada daya tarikan lima gadis sebagai watak wanita utama. Jun Maeda, penulis senario utama judul Clannad, mempercayai bahawa tajuknya bermaksud "keluarga" atau clan dalam Bahasa Ireland.[1]Meskipun kedua-dua buah karya Key yang lebih awal iaitu Kanon dan Air, telah dikeluarkan dahulu sebagai judul eroge dan kemudian disunting untuk pengeluaran umum sepertimana yang dilihat dalam kebanyakan judul permainan video bishōjo yang lain, Clannad sebaliknya merupakan judul keluaran umum dan tidak mengandungi sebarang unsur-unsur sebegitu mahupun sebarang jenis fan service.[2] Berikutan keluaran Clannad, Key kemudiannya telah menghasilkan sebuah separa sambungan untuk dewasa berjudul Tomoyo After: It's a Wonderful Life, dikeluarkan pada 25 November 2005 yang mengembangkan dengan lebih lanjut tentang Tomoyo Sakagami, salah satu daripada lima gadis utama dari siri Clannad.Clannad telah mencipta beberapa pengalihan dalam media lain: empat buat siri manga, yang pertama disirikan dalam majalah Jepun Comic Rush, yang kedua disirikan dalam Comi Digi +, yang ketiganya disirikan dalam Dengeki G's Magazine, dan yang keempat dalam Dragon Age Pure; sebuah filem oleh studio animasi Toei Animation dikeluarkan pada 15 September 2007; dua buah siri anime oleh Kyoto Animation, yang juga turut menganimasikan judul-judul awal Key iaitu Air dan Kanon; dan akhir sekali, dua set CD Drama, jumlah keseluruhan media Clannad adalah sembilan.

Rujukan

WikiPedia: Clannad (permainan) http://61.199.33.219/games/info/visual/key/clannad... http://www.animenewsnetwork.com/encyclopedia/anime... http://www.animenewsnetwork.com/news/2006-03-25/to... http://www.animenewsnetwork.com/news/2007-12-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-01-27/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-02-29/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-16/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-20/ja... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl... http://www.animenewsnetwork.com/news/2008-03-27/cl...